Skip to content →

Pengaturcara adalah seorang Tukang Taip

Perkara pertama yang aku akan perhati apabila sesorang mengatakan mereka adalah pengatur-cara (programmer) adalah dengan melihat cara mereka menaip. Bukan melihat susun atur kod tetapi ketukan jari mereka di papak kekunci (keyboard).

Se-seorang yang melebihi tahap amatur akan mempunyai kepantasan yang menarik apabila mereka membuat kerja menaip. Seorang server administrator akan menaip lebih laju dalam arahan (command) linux berbanding apabila dia menaip kode programming. Perkara ini dapat aku perhatikan sepanjang pengalaman aku bekerja dalam bidang ini.

Jadi, aku agak skiptikal bila se-seorang menyatakan yang mereka mampu membuat kerja (kode berat) bila melihat cara mereka menaip dengan perlahan atau mencuri-curi pandang keyboard yang berada didepan mereka. Perasaan tu bertukar meluat, bila lagi mereka menggunakan peralatan mahal teknologi tinggi tapi tidak mampu menghasilkan sesuatu kod yang bagus. Sambil menyalahkan sistem yang telah di bina oleh orang yang lebih hebat dari mereka.

Macam mana nak menghasilkan kod yang bagus kalau menaip f-u-n-c-t-i-o-n pon mengambil masa, walhal perkara yang patut die ambil pedui adalah memikirkan nama function tu. Ok la, boleh kita guna auto-completer dalam mana-mana Editor, tapi berapa berkesan?

Ada ketika apabila aku ditugaskan untuk membuat kerja di sebuah badan, aku diberi sebuah mesin yang agak berusia dan tidak dibekalkan dengan apa2 editor kecuali notepad dan wordpad. btw, internet die pon lembab dan asik proxy error je selain aku tidak dibenarkan menginstall apa-apa software yang tidak di review oleh pegawai IT mereka. Jadi, korang paham apa maksud aku?

Dan apa yang cuba aku katakan disini adalah.. pergilah belajar lah touch typing. tak rugi pown!

Published in Siri bercakap dengan Pengaturcara