Skip to content →

Sindrom Karpal Tunnel

Pergelangan tangan kanan aku makin teruk seminggu nih. Aku tak pasti sebab over work atau memang position tempat duduk baru aku tu yang sebabkan tangan nih sakit giler. Bende nih memang dah lama ade kat tangan kanan aku. sejak time kat kolej lagi.

Aku pown memang dah lama duduk depan pc. Sejak komputer pertama, tahun 1999 tak silap. Tapi jadi sakit lepas 2 tahun, satu aku kne sakit pinggang. Sebab aku duduk kat kerusi kayu. Kerusi kayu tu sebenarnyer kerusi meja makan. Keluarga aku bukan orang senang, so nak dapat kerusi taip tu bukan le senang.

Lepas aku dapat kerusi biru (pejabat) 180 rnggit beli guna duit sendiri campur mak sponsor sket. Jadi bertambah baik, tapi bende lain yang timbul. Pergelangan tangan aku sakit. Makin teruk kalau aku banyak assigment nak kene taip.

Bila aku start keje, bende nih on and off. Selalu nyer kalau sakit, tidur, esok nyer dah ok. Sakit kat pergelangan tangan nih akan muncul dalam 2-3 bulan sekali. Macam sakit kepala aku yang sometime kronik tuh.

Then aku pindah syarikat, kat situ seingat aku aku tak pernah rasa sakit tangan. Sakit kepala penah, and gatal². Tapi lepas pindah company baru aku nih, sakit menjadi². Memang overwork pown, sebab aku sorang yang handle bahagian teknikal.

Btw, carpal tunnel syndrome nih memang agak teruk kalau dah sampai peringkat kronik. Sebagai tukang taip, tukang kod dan sebagainyer, korang patut pastikan keadaan kerusi, meja, sudut monitor, keselesaan keyboard dan mouse berada di tahap yang terbaik. Maksud aku selesa buat kerja.

Elakkan dari korang yang menyesuaikan diri dengan keadaan machine, biar machine yang berubah ikut keselesaan korang. Dan kalau dibenarkan gunakanlah software yang mengingatkan korang untuk regangkan badan atau rehatkan mata seketika. Software yang aku gunakan adalah Workrave.

p/s:  Aset seorang tukang taip adelah mata dan tangan.

Published in Umum