Skip to content →

Rahsia Kejayaan Jasmani Abbas

Sape tu Jasmani Abbas? Menurut buku Usahawan Malaysia terbitan PTS oleh Saudara Ashadi Zain. Beliau merupakan CEO dan pengasas Mayban Ventures iaitu salah satu anak syarikat Mayban Banking. So.. beliau merupakan salah seorang figure melayu kat Malaysia nih. Kenape aku menulis pasal dia?

Dalam muka 97, terdapat petikan yang menyentuh hati aku sehingge terdetik aku untuk menulis entri ni. mari kite saksikan ceyy..

Bagi beliau, kejayaan dalam apa jua bidang sekalipun adalah berkait rapat dengan sumber manusia. CEO itu hanya berjaya sekiranya, dia mendapat sokongan menyeluruh dari semua pihak, yakni perlu ada usaha yang kolektif. Beliau berpendapat CEO itu perlu mengenal pasti kemahiran dan ilmu yang diperlukan oleh syarikatnya dan seterusnya memastikan syarikatnya memiliki bakat dan kemahiran yang diperlukan itu. Pekerja yang berbakat perlu diberi perhatian supaya mereka tidak lari ke syarikat lain. Baginya agama memainkan peranan yang penting bagi mencapai keseimbangan dalam hidup. Falsafahnya cukup mudah, “Taatlah kepada tuhan, nescaya hidup kita akan tenang”.

So… lu pikir la sendiri.

Published in Umum

  • Hi, gr8 post thanks for posting. Information is useful!